awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat: Saya akur nasihat Ketua Polis Negara, SPRM, kata Rahman Dahlan

Bernama
Bernama
23/04/2016
09:55 MYT
Debat: Saya akur nasihat Ketua Polis Negara, SPRM, kata Rahman Dahlan
ABDUL RAHMAN: Atas kapasiti saya sebagai menteri, saya tidak mahu memberi isyarat kepada rakyat bahawa saya tidak mengikut arahan atau nasihat SPRM dan Ketua Polis Negara. - Gambar fail
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau tidak meneruskan hasrat berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana akur dengan nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya ini kerana beliau tidak mahu memberi isyarat atau mesej tidak baik kepada rakyat terutama sekali berkaitan pematuhan kepada arahan dan nasihat pihak berkuasa.
"Saya terpaksa akur kerana saya adalah ahli Jemaah Menteri. Atas kapasiti saya sebagai menteri, saya tidak mahu memberi isyarat kepada rakyat bahawa saya tidak mengikut arahan atau nasihat SPRM dan Ketua Polis Negara.
"Ingin saya tegaskan saya tidak pernah lari daripada debat. Saya sudah berdebat dengan ramai pemimpin pembangkang. Soal takut tu tidak. Malah saya sudah bersedia, saya sudah lama bersedia. Saya tidak mahu memberi gambaran atau isyarat kepada rakyat bahawa kalau menteri sendiri tidak mendengar nasihat KPN, apatah lagi rakyat biasa," katanya.
BACA: Isu Taman Manggis: Polis minta stesen TV henti siar debat Guan Eng-Rahman Dahlan - Khalid
Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri sesi perbincangan isu-isu semasa dan tempatan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Kota Belud di Tapak Tamu, Kampung Pandasan, di sini hari ini.
Berikutan perkembangan itu, Abdul Rahman menggesa Lim supaya tidak lagi berlengah sebaliknya perlu segera memberi jawapan dan keterangan kepada SPRM dan pihak polis berhubung isu pembelian banglonya dan tanah di Kampung Manggis seperti diminta pihak berkuasa.
Beliau berkata kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim tidak boleh memandang remeh isu berkenaan dengan memberi jawapan-jawapan yang tidak konsisten kepada rakyat.
Katanya isu itu banyak berkait dengan rakyat miskin dan terpinggir di Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menteri perlu memberi kerjasama dan jangan melengahkan jawapan yang ditagih oleh rakyat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin DAP sendiri.
Abdul Rahman mengingatkan Lim bahawa semasa Pilihan Raya Umum 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berjanji akan menyelesaian masalah harga rumah, masalah kesesakan lalu lintas, tidak akan jual tanah sebagai mengkritik BN pada ketika itu kerana menjual tanah kerajaan dan menjalankan projek tambakan laut.
"Kita nak tanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada isu itu selesai atau tidak selepas lapan tahun menjadi ketua menteri. Apa yang kita dengar masalah itu tidak selesai. Harga rumah di Pulau Pinang masih lagi tinggi melambung, penambakan laut berleluasa, pembangunan di lereng bukit masih berlaku, kerosakan kepada warisan dan alam sekitar masih berleluasa," katanya.
Malah, kata Abdul Rahman peranan NGO di negeri berkenaan terutama yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan kepenggunaan tidak didengari oleh kerajaan negeri.
"Jangan cepat sangat (menyalahkan BN). Selepas diasak oleh rakyat, selepas lapan tahun menjadi ketua menteri, masih lagi menggunakan alasan bahawa ini adalah masalah kerajaan dahulu. Ini adalah perbuatan yang pada pandangan saya tidak bertanggungjawab. Ambillah tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Pulau Pinang," tegas beliau.
Topic Berkaitan
#debat
#Ketua Polis Negara
#Lim Guan Eng
#Rahman Dahlan
#SPRM
#Taman Manggis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan