awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
11/04/2016
14:29 MYT
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
GUAN ENG: Memandangkan beliau akan pulang pada 15 haribulan, tidak ada sebab untuk beliau cuba melepaskan diri dan tidak berdebat dengan saya pada malam 16 haribulan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
Katanya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan perdebatan tersebut, memandangkan Abdul Rahman telah kembali dari luar negara pada 15 April.
"Memandangkan beliau akan pulang pada 15 haribulan, tidak ada sebab untuk beliau cuba melepaskan diri dan tidak berdebat dengan saya pada malam 16 haribulan," ujar Guan Eng dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambahnya, keengganan Abdul Rahman untuk berdebat pada tarikh berkenaan menimbulkan rasa curiga pada pihaknya.
"Selepas menyatakan rasa tidak sabarnya, Rahman memeranjatkan semua orang apabila lewat hari Jumaat itu beliau memberitahu akan berangkat ke luar negara dan hanya akan pulang pada 15 April.
"Ini menimbulkan rasa curiga yang beliau cuba melepaskan diri daripada debat yang dicadangkan oleh beliau sendiri. Saya justeru memberi tempoh seminggu yang luput pada malam 16 April untuk menguji keikhlasan dan komitmennya untuk meneruskan debat tersebut, " tambah beliau.
BACA: Isu tanah Taman Manggis: Guan Eng gesa Rahman Dahlan pulang, teruskan debat
BACA: Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
BACA: Isu tanah Taman Manggis: Rahman Dahlan alu-alukan debat bersama Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu pada masa sama menekankan, debat tersebut wajar diteruskan dalam semangat demokrasi yang sihat dan atas kepentingan mencari kebenaran berasaskan fakta.
Topic Berkaitan
#debat
#Guan Eng
#Rahman Dahlan
#Taman Manggis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan