awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Tun M - Najib: "Kementerian akan kaji semula SOP" - Shabery

Hilal Azmi
Hilal Azmi
19/05/2015
09:52 MYT
Debat Tun M - Najib: "Kementerian akan kaji semula SOP" - Shabery
SHABERY: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji semula prosedur operasi standard yang pernah diamalkan semasa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir untuk mengadakan debat terbuka. -Gambar Astro AWANI / HILAL AZMI
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) yang pernah diamalkan semasa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya akan lihat, apakah Tun pernah buat debat terbuka melalui siaran langsung semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu. Apakah itu adalah kebiasaan (semasa pemerintahan Tun M)? Dari situ baru kita buat keputusan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan 'Roadshow Huawei 2015' di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada Sabtu, Tun Dr Mahathir, menyatakan kesediaannya pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelbagai isu termasuklah hal 1MDB dengan disaksikan orang ramai.
Sementara itu, beliau juga berkata, parlimen boleh melaksanakan undi tidak percaya untuk menjatuhkan Najib sekiranya pemimpin negara itu tidak mendapat kepercayaan rakyat.
Namun begitu, katanya, memandangkan ahli UMNO bukan majoriti maka ia terpaksa mendapatkan sokongan daripada ahli-ahli Barisan Nasional (BN).
Menurut Mahathir lagi, beliau dapati ahli UMNO agak lemah kerana tidak berani untuk berbuat apa-apa pun kerana menjaga kepentingan ataupun takut tidak dipilih menjadi calon pilihan raya sebab itu agak sukar untuk mengadakan undi tidak percaya.
VIDEO : Tidak perlu debat, tunggu siasatan 1MDB selesai
BACA : Mahathir sedia berdebat dengan Najib
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahmad Shabery Cheek
#debat terbuka
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan