awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debu letusan gunung berapi Sinabung tidak jejas Malaysia setakat ini

Bernama
Bernama
23/05/2016
00:30 MYT
Debu letusan gunung berapi Sinabung tidak jejas Malaysia setakat ini
Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu adalah antara yang paling aktif di Indonesia dan pada 2014 beberapa penduduk terbunuh dan beribu-ribu yang lain dipindahkan akibat letusan gunung berapi itu. - Gambar fail
Asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut.
Bagaimanapun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata keadaan angin dijangka berubah bertiup dari arah barat daya mulai esok.
"Sekiranya gunung berapi Sinabung berterusan meletus, asap debu boleh sampai di Semenanjung selepas 25 Mei atau 26 Mei," katanya di dalam satu kenyataan pada Ahad.
Enam orang disahkan maut setakat ini manakala tiga lagi kritikal akibat terkena debu panas gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang meletus sejak semalam.
Bernama melaporkan, Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Manusia Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata, kesemua mangsa adalah penduduk tempatan.
Gunung berapi setinggi 2,460 meter itu adalah antara yang paling aktif di Indonesia dan pada 2014 beberapa penduduk terbunuh dan beribu-ribu yang lain dipindahkan akibat letusan gunung berapi itu.
Topic Berkaitan
#Asap dan debu letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera
#Indonesia dijangka tidak memberi kesan kepada Malaysia berikutan keadaan angin di negara ini bertiup dari arah barat laut
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan