MALAYSIA
Dedikasi di sebalik setiap pendaratan sempurna di KLIA
Operasi setiap inci kawasan KLIA berjalan lancar hasil koordinasi rapi antara Airside Safety, Engineering Airport Pavement dan AGL dalam menyokong ratusan pergerakan pesawat setiap hari. - Gambar KLIA
SEPANG: Di sebalik rutin pesawat yang berlepas dan mendarat saban minit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), wujud sebuah ekosistem operasi yang bekerja tanpa henti memastikan setiap pergerakan berlangsung dengan selamat, teratur dan menepati jadual.
Ringkasan AI
Walaupun kebanyakan penumpang hanya menyaksikan detik pesawat mendarat dengan selamat, hakikatnya terdapat ratusan anggota operasi yang bergerak seperti jarum jam, menyelaras tugasan kritikal bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar serta menyokong kelancaran ribuan penerbanga.
Malaysia Airports menempatkan tiga pasukan utama di kawasan airside yang menjadi nadi kelancaran operasi setiap hari, iaitu Airside Safety, Engineering Airport Pavement dan Airfield Ground Lighting (AGL).
Mereka inilah wira belakang tabir yang memastikan ‘pendaratan sempurna’ benar-benar sempurna.
Bagi Airside Safety Team, setiap hari bermula dengan pemeriksaan menyeluruh di sekitar landasan (runway), jalan rayap (taxiway) dan kawasan parkir pesawat (apron) iaitu kawasan paling kritikal yang menempatkan pergerakan pesawat.
Pemeriksaan kenderaan, taklimat keselamatan harian serta pemantauan terhadap sebarang foreign object debris (FOD) menjadi amalan tetap yang dilakukan dengan penuh disiplin.
Menurut Eksekutif Kanan Operasi & Penguatkuasaan, Nur Irsyaduddin Abd Rahman, keutamaan mereka adalah memastikan setiap inci kawasan operasi bebas risiko.
“Tugas airside safety ialah memastikan semua fasiliti seperti apron, taxiway dan runway berada dalam keadaan terbaik serta ‘serviceable’ kepada pesawat kerana keselamatan adalah keutamaan. Ia melibatkan nyawa,” katanya.
Tambahnya, cabaran harian bukan sahaja melibatkan pemeriksaan fizikal, tetapi juga memastikan semua pengguna airside terus mematuhi prosedur ketat yang ditetapkan.
“Peraturan-peraturan ini dibuat untuk memastikan keselamatan pengguna dan penumpang sentiasa terjamin,” ujarnya.
Di KLIA, keselamatan permukaan runway pula menjadi tanggungjawab Engineering Airport Pavement Team yang memastikan struktur permukaan sentiasa rata dan kukuh, terutamanya selepas hujan lebat atau ribut.
Jurutera Eksekutif Kanan, Mohd Redzuan Nasarudin menjelaskan bahawa cuaca tropika memberi kesan besar kepada permukaan runway.
“Selepas hujan lebat, banyak lightning strike boleh menyebabkan pothole. Bila berlaku, team operation akan masuk runway untuk pemeriksaan dan jika terjumpa pothole, ia akan dimaklumkan kepada engineering untuk kerja pembaikan,” katanya.
Katanya lagi, pemeriksaan dilakukan setiap hari dan keutamaan pembaikan ditentukan mengikut tahap keadaan yang memerlukan perhatian.
Pasukan itu juga bekerja mengikut had masa ketat dengan respons 15 minit pada waktu pejabat dan sehingga satu jam di luar waktu pejabat, sebelum menjalankan pembaikan antara 30 minit hingga dua jam bergantung kepada saiz kerosakan.
Apabila operasi berlangsung pada waktu malam atau dalam cuaca buruk, keselamatan pergerakan pesawat bergantung sepenuhnya kepada sistem Airfield Ground Lighting (AGL) yang merangkumi lebih 20,000 lampu di KLIA.
Jurutera Eksekutif Kanan AGL, Mohd Hafiz Mukhtar, berkata lampu-lampu ini menjadi alat pandu visual penting kepada juruterbang.
“Sistem AGL ialah alat bantu visual untuk pilot untuk landing, departure dan taxiing. Tanpa satu lampu pun, operasi boleh terjejas,” katanya.
Ujarnya, pasukan AGL bekerja 24 jam dalam dua syif dengan keperluan untuk memberi respons bagi aduan kritikal dalam masa hanya 20 minit.
“Ramai fokus pada terminal atau syarikat penerbangan. Tapi tanpa AGL, keseluruhan operasi tak boleh bergerak dengan selamat. Inilah bahagian lapangan terbang yang orang awam jarang tahu,” katanya lagi.
Setiap insiden kecil seperti laporan pothole memerlukan koordinasi masa nyata antara Airside Safety, Pavement, AGL dan ATC.
Laporan diterima, penilaian dilakukan, kawasan ditutup, kerja pembaikan segera dijalankan dan runway dibuka semula dengan selamat dan kadangkala hanya dalam masa sekitar 15 minit.
Proses ini memperlihatkan profesionalisme, ketepatan dan kerjasama yang menjadi asas kelancaran operasi di KLIA.
Dengan ratusan anggota beroperasi setiap hari dan puluhan ribu komponen kritikal yang perlu dipantau, Malaysia Airports menegaskan bahawa kejayaan operasi bukan sekadar teknologi tetapi manusia yang mengendalikannya.
Dedikasi itu menjamin pengalaman perjalanan yang lancar dan selamat, hasil usaha gigih pasukan di sebalik tabir.
Ringkasan AI
- Ekosistem operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menjalankan pergerakan pesawat dengan selamat, teratur, dan tepat pada jadual, disokong oleh ratusan anggota operasi yang bekerja seperti jarum jam.
- Tiga pasukan utama Malaysia Airports di kawasan airside, iaitu Airside Safety, Engineering Airport Pavement, dan Airfield Ground Lighting (AGL), memastikan keselamatan dan kelancaran operasi setiap hari.
- Keutamaan setiap pasukan termasuk pemeriksaan kawasan operasi, pembaikan permukaan runway selepas hujan lebat, dan pentingnya sistem Airfield Ground Lighting (AGL) yang menjadi panduan visual penting untuk juruterbang.