PUTRAJAYA: Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd JR Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal menghidupkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung cukai yang dikenakan ke atas mereka selepas didakwa bertindak sebagai proksi pasangan itu.
Ini susulan tindakan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Abdul Azeez bagi membatalkan saman itu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang mengetuai panel itu, dalam keputusan sebulat suara berkata saman yang difailkan oleh Deepak, Carpet Raya dan adik lelakinya J. Rajesh, juga pengarah syarikat tersebut, adalah tidak kukuh dan akan gagal jika perbicaraan diteruskan.
"Kami mendapati pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam memutuskan bahawa saman itu adalah kes yang jelas untuk dibatalkan. Oleh itu, kami memutuskan bahawa tidak ada merit dalam rayuan ini dan menolaknya dengan kos RM10,000 untuk Najib serta Rosmah dan RM10,000 untuk Abdul Azeez.
"Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Mohamad Zabidin yang bersidang bersama-sama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk S. Nantha Balan.
Panel itu membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Daniel Annamalai, yang mewakili perayu, peguam David Mathews, yang mewakili Najib dan Rosmah serta peguam Datuk Prem Ramchandran bagi pihak Abdul Azeez.
Pada 16 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib, Rosmah dan Abdul Azeez untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan bahawa penyataan tuntutan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah iaitu elemen penting bagi menyokong dakwaan konspirasi untuk mencederakan, misfeasans dalam jawatan awam serta pelanggaran kewajipan.
Ketiga-tiganya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 24 Sept 2019 atas alasan ia adalah menyusahkan dan plaintif tidak mempunyai kausa untuk menyaman mereka.
Menerusi saman yang difailkan pada 15 Nov 2018, Deepak mendakwa antara tahun 2004 dan 2010, beliau dan syarikat itu telah bertindak sebagai ejen serta proksi kepada Najib dan Rosmah dalam urus niaga tanah serta urusan perniagaan seperti yang diarahkan oleh pasangan tersebut.
Beliau juga mendakwa Abdul Azeez telah bertindak sebagai ejen bagi Najib dan Rosmah untuk menjalankan urus niaga serta menjadi pengantara pasangan itu dan Carpet Raya.
Deepak mendakwa ekoran urus niaga itu, beliau telah menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 2 Mac 2018 supaya menyelesaikan tunggakan cukai yang dikenakan ke atas Carpet Raya dan cukai pendapatannya yang berjumlah lebih RM6 juta tidak termasuk caj penalti serta faedah.
Deepak mendakwa beliau telah menerima surat LHDN selepas hubungannya dengan pasangan itu keruh pada 2012 susulan keengganannya mengikut arahan mereka dalam kes sivil membabitkan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, dan Abdul Azeez mengetahui perkara tersebut.
Beliau mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahkan tindakan perundangan diambil oleh LHDN terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 malah petisyen tersebut disiarkan dalam akhbar.
Plaintif mendakwa petisyen itu telah menyebabkan perniagaan dan reputasi mereka terjejas manakala Deepak turut dilarang meninggalkan Malaysia selain kemudahan perniagaan mereka ditarik balik oleh Maybank dan kontrak syarikat dengan IKEA telah dibatalkan.
Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib dan Rosmah bertanggungjawab untuk membayar tunggakan cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu serta menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 yang dibayar kepada Maybank, RM47 juta untuk ketidakupayaan syarikat untuk memenuhi kontrak dan jualannya, RM74 juta bagi pembatalan kontrak syarikat itu dengan IKEA, RM200 juta bagi fitnah dan RM37 juta untuk kerugian yang didakwa disebabkan oleh salah laku Najib.
Plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan sebanyak RM100 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Deepak mendakwa Najib dan Rosmah turut mengarahkan tindakan perundangan diambil oleh LHDN terhadap Carpet Raya dan petisyen penggulungan difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 malah petisyen tersebut disiarkan dalam akhbar. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis
Tegas Ka Siong, sekiranya Deepak gagal berbuat demikian, beliau sendiri yang akan membuat laporan polis.
Wee Ka Siong gesa Deepak buat laporan polis untuk bersihkan nama
Ahli Parlimen Ayer Hitam sedia dedah bukti terima panggilan daripada individu yang perkenalkan diri sebagai Deepak.
Deepak gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan Azeez Rahim
Hakim berkata saman yang difailkan oleh Deepak, Carpet Raya dan adik lelakinya J. Rajesh adalah tidak kukuh dan akan gagal jika perbicaraan diteruskan.
Saman balu P.I Bala: Mahkamah Persekutuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan rayuan Jaikishan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan memerintahkan kes didengar Mahkamah Tinggi.