MALAYSIA
Deepavali: 2.67 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya pada hari puncak - LLM
LLM menjangkakan peningkatan trafik di lebuh raya utama seawal Khamis, 16 Okt, bagi pengguna yang menuju ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.67 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Ringkasan AI
LLM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di bawah PLUS Malaysia Berhad (PLUS), manakala Lebuhraya KL-Karak dijangka mencatatkan 170,000 kenderaan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (90,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (40,000) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (170,000).
"LLM menjangkakan peningkatan trafik di lebuh raya utama seawal Khamis, 16 Okt, bagi pengguna yang menuju ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur," katanya.
Bagi mendepani peningkatan trafik, LLM mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar.
Antara langkah diambil termasuk memastikan tiada penutupan lorong bermula 17 hingga 23 Okt kecuali bagi kerja kecemasan, mengaktifkan laluan 'smart lane' di 29 lokasi yang dikenal pasti di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), serta memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol.
LLM turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 semalam mengenai pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Deepavali.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 2.67 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Deepavali pada 20 Oktober, dengan peningkatan trafik bermula seawal 16 Oktober, menurut LLM.
- Langkah persediaan termasuk pengaktifan smart lane, tiada penutupan lorong kecuali kecemasan, dan sistem kutipan tol dipastikan berfungsi baik bagi menjamin kelancaran perjalanan.
- LLM menyambut baik pengumuman diskaun tol 50% sempena Deepavali, seperti diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026.