awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: 800,000 kenderaan dijangka masuk ke Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
13/10/2025
02:00 MYT
Deepavali: 800,000 kenderaan dijangka masuk ke Negeri Sembilan
Sebanyak 279 pegawai dan anggota JSPT Negeri Sembilan akan ditugaskan sepanjang Ops Lancar bermula dari 17 hingga 21 Okt bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Polis menjangkakan sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan bersempena dengan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Okt ini, iaitu peningkatan kira-kira 73 peratus berbanding 460,000 kenderaan pada hari biasa.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata peningkatan ketara itu berikutan cuti hujung minggu yang panjang bersekali dengan cuti tambahan dua hari yang diberikan Kementerian Pendidikan kepada warga sekolah, sekali gus menyumbang kepada aliran trafik lebih padat di laluan utama negeri ini.
"Sebanyak 279 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan akan ditugaskan sepanjang Ops Lancar bermula dari 17 hingga 21 Okt ini bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
"Pemantauan dan rondaan akan dipertingkatkan di 19 lokasi hotspot dan tiga blackspot di seluruh negeri selain tindakan penguatkuasaan turut dilaksanakan sepanjang tempoh operasi terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa laluan dijangka mengalami kesesakan termasuk di Lebuh Raya Utara Selatan (Nilai hingga Pedas-Linggi), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Pajam-Ampangan), Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Jalan Seremban-Tampin.
Justeru, Alzafny menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal, mengelak waktu puncak serta menyemak status trafik semasa melalui aplikasi seperti Waze, Google Maps atau saluran rasmi maklumat trafik seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia.
"Selain itu, sentiasa berhati-hati di kawasan tumpuan, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, amalkan pemanduan berhemah serta menggunakan lorong kecemasan dengan betul dan hanya ketika kecemasan, kecuali di lokasi pengaktifan Smart Lane," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Deepavali
#trafik sesak
#rancang perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan