awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2023
04:10 MYT
Deepavali: Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik tinggi di beberapa lebuh raya pagi tadi. - X/plustrafik
KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa lebuh raya utama hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan.
Ia susulan ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena perayaan Deepavali esok.
Menurut laman X Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur iaitu sebelum Plaza Tol Gombak selain di Kilometer (KM) 33.8 sehingga KM 77.2 (Gombak ke Genting Sempah).
Aliran trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu dari arah Bangi ke Nilai, dan Seremban ke Senawang, serta di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS-E1) arah utara iaitu Ipoh Utara ke Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng.
LLM juga memaklumkan aliran trafik perlahan dari KM120.9 hingga KM 123.55 arah Timur berikutan laluan kontra diaktifkan di lokasi.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman X di http://www.twitter.com/LLMtrafik.
Topic Berkaitan
#lebuh raya
#Deepavali
#info trafik
#kesesakan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan