MALAYSIA
Deepavali disambut meriah, semarak tradisi dan perpaduan kaum
Penganut agama Hindu mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, bagi melaksanakan upacara keagamaan dan memanjatkan doa kesejahteraan sempena sambutan Deepavali hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini dengan penganut agama Hindu membanjiri kuil seawal pagi bagi melaksanakan upacara keagamaan dan memanjatkan doa kesejahteraan.
Suasana perayaan turut diserikan dengan kediaman yang dihiasi kolam berwarna-warni, nyalaan pelita serta kunjungan sanak saudara dan sahabat handai daripada pelbagai kaum, sekali gus menzahirkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Tinjauan Bernama di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini mendapati ribuan penganut Hindu membanjiri kuil berkenaan seawal 6 pagi bagi menunaikan upacara keagamaan dengan membawa persembahan seperti buah-buahan dan bunga kepada dewa-dewi sebagai tanda kesyukuran.
Seorang penganut, K. Monissha, 26, dari Subang Jaya berkata, sambutan Deepavali tahun ini cukup bermakna kerana merupakan perayaan pertamanya bersama suami selepas melangsungkan perkahwinan Disember lepas.
"Selalunya saya datang ke sini (Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves) semasa Hari Thaipusam, tetapi Deepavali tahun ini kami pilih untuk ke sini juga sebab suasananya lebih meriah dan ramai ahli keluarga dapat turut serta. Ini sambutan Deepavali pertama saya sebagai isteri," katanya yang hadir bersama 10 ahli keluarga.
Beliau yang bertugas sebagai eksekutif perolehan berkata, menurut tradisi masyarakat India, sambutan Deepavali pertama selepas perkahwinan diraikan di rumah keluarga pengantin perempuan dengan pelbagai juadah, pemberian sari serta angpau kepada ahli keluarga.
Seorang lagi pengunjung, M. Mathesha, 26, eksekutif sumber manusia dari Selayang berkata, beliau bersyukur dapat menyambut Deepavali bersama semua adik-beradiknya tahun ini selepas beberapa tahun terhalang oleh komitmen kerja.
"Tahun ini semua lima adik-beradik dapat berkumpul. Lepas sembahyang kami akan makan bersama sebab malam tadi dah masak kari kambing, ayam sambal dan nasi goreng. Harap Deepavali kali ini membawa keberkatan dan mengeratkan perpaduan antara semua," katanya.
Selain penganut Hindu, pelancong asing juga tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan itu di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves yang dibanjiri ribuan penganut sejak awal pagi.
Natasya Praskila, 22, pelancong dari Medan, Indonesia berkata, ini kali pertama beliau menyaksikan Pesta Cahaya di Malaysia dan memilih Batu Caves selepas membuat carian di Google, selain teruja dengan kemeriahan gerai manisan, jualan bunga serta persembahan budaya.
-- BERNAMA