awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: Pengecualian bayaran tol dibincang dengan pengendali lebuh raya - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
06/11/2023
15:12 MYT
Deepavali: Pengecualian bayaran tol dibincang dengan pengendali lebuh raya - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata antara perkara yang diteliti adalah aspek perkongsian kos dengan syarikat pengendali lebuh raya. - Gambar fail/PLUS
KUALA LUMPUR: Cadangan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal disambut hujung minggu ini sedang dalam perbincangan, Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata antara perkara yang diteliti adalah aspek perkongsian kos dengan syarikat pengendali lebuh raya.
"Kita tahu tentang cadangan pengecualian bayaran tol yang banyak kali disentuh ahli yang berhormat termasuk oleh Ahli Parlimen Bagan (Lim Guan Eng).
"Untuk makluman, tol percuma dalam perbincangan. Insya-Allah ada berita baik, tunggulah dalam masa dua tiga hari lagi, kerajaan akan umumkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Terdahulu, RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi pertanyaan lisan meminta Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk memberikan sebarang pelepasan tol sempena Deepavali.
Bagaimanapun Abdul Rahman berkata sebarang pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Kementerian Kewangan
#pelepasan tol
#perkongsian kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan