GADGETS
DeepSeek R2 dilapor tertangguh akibat isu cip Huawei
Pelancaran DeepSeek R2 tertangguh kerana isu teknikal dengan cip Huawei Ascend, memaksa penggunaan cip NVIDIA untuk latihan dan Ascend hanya untuk inferens. -Amanz
MODEL DeepSeek R1 dilancarkan Januari tahun ini dan ia memulakan paradigma dalam latihan model kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
DeepSeek R1 dikatakan menelan kos latihan lebih murah dan menggunakan cip yang berkuasa lebih rendah menyebabkan saham syarikat seperti NVIDIA terjejas pada waktu tersebut.
Dengan kejayaan R1, ramai menanti model seterusnya DeepSeek R2 dengan ia dipercayai akan dilancarkan pada bulan Mei.
Mei datang dan pergi tetapi R2 masih belum dilancarkan hinggalah ke hari ini.
Dalam laporan Financial Times hari ini, isu dengan cip Huawei Ascend dipercayai menjadi sebab model AI ini tertangguh.
Cip Huawei Ascend menimbulkan beberapa isu sehingga memaksa DeepSeek menggunakan cip NVIDIA untuk tujuan latihan dan Ascend pula hanya untuk melakukan tugas inferens.
Pemain industri di China mengatakan cip buatan China masih di belakang kemampuan cip NVIDIA dari segi kestabilan, perisian dan sambungan antara satu sama lain.
April lalu, Huawei CloudMatrix 384 dilancarkan sebagai pesaing kepada sistem NVIDIA GB200 NVL72 dengan prestasi yang dikatakan lebih tinggi tetapi memerlukan lebih banyak kuasa elektrik.
Huawei membangunkan cip AI sendiri bukan sahaja kerana halangan teknologi Amerika Syarikat tetapi bagi membolehkan China berdikari dengan teknologi buatan tempatan.
Hubungan buruk antara China dan Amerika Syarikat telah menyebabkan kerajaan menyarankan syarikat tempatan untuk tidak menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA H20 terutamanya untuk projek berkaitan dengan kerajaan. -Amanz
Ringkasan AI
- DeepSeek R1 berjaya melatih model AI dengan kos rendah menggunakan cip berkuasa rendah, menyebabkan gangguan pasaran termasuk saham NVIDIA.
- Pelancaran DeepSeek R2 tertangguh kerana isu teknikal dengan cip Huawei Ascend, memaksa penggunaan cip NVIDIA untuk latihan dan Ascend hanya untuk inferens.
- Ketegangan geopolitik antara China dan AS mendorong pembangunan cip AI tempatan seperti Huawei CloudMatrix 384, walaupun ia masih memerlukan lebih banyak kuasa dan belum setanding cip NVIDIA dari segi kestabilan dan sokongan perisian.