awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Degil! 'Minah Saleh' buat hal lagi, cuba masuk pusat beli-belah tanpa pelitup muka

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/10/2021
08:48 MYT
Degil! 'Minah Saleh' buat hal lagi, cuba masuk pusat beli-belah tanpa pelitup muka
Tindakan wanita itu yang tular sebelum ini turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang bertegas mengenai pematuhan SOP. - Foto Twitter/@nabilaaazeez
KUALA LUMPUR : Ragam seorang ‘minah saleh’ yang baru-baru ini tular menimbulkan kekecohan cuba memasuki sebuah butik di Suria KLCC tanpa memakai pelitup muka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengulangi insiden sama.
Wanita warga asing itu kali ini dikesan bertengkar dengan pihak pengawal apabila cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.
Perbuatan wanita tersebut yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri itu berjaya dirakam pengguna akaun Twitter.
Tak boleh ke polis compound je dia ni tak pakai mask, dah terang terang ni https://t.co/r9qza3PKLn
— Shabina (@ketengahketepi) October 29, 2021
Tular | Warga asing buat hal lagi langgar SOP
BACA: 'Minah saleh' naik angin di KLCC, KKM sedang dapatkan maklumat - Khairy
Tindakan wanita berkenaan yang dilihat mengulangi perkara sama mengundang kecaman netizen malah ada yang meminta agar dia kembali pulang ke negara asalnya.
Sebelum ini, tindakan wanita warga asing itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit.
Dalam pada itu, sebahagian besar warganet memuji tindakan tegas pasukan pengawal berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Sebelum ini, wanita warga asing itu mendakwa individu yang memakai pelitup muka sebagai komunis selain meminta keistimewaan sebagai individu yang berkulit putih.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#gagal pakai pelitup muka
#wanita warga asing
#SOP COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan