awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2024
11:45 MYT
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan  persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Perdana Menteri memaklumkan usaha tersebut akan memperkukuh solidariti warga Palestin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas bagi menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan susulan rundingan perdamaian di Beijing.

Ringkasan AI
  • Persefahaman Fatah dan Hamas: Malaysia mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan susulan rundingan perdamaian di Beijing.
  • Deklarasi Beijing: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Deklarasi Beijing adalah langkah penting dalam mencapai hak dan kebebasan untuk rakyat Palestin, serta memperkukuh solidariti warga Palestin.
  • Sokongan Antarabangsa: Anwar menggesa kerajaan di seluruh dunia yang belum memperaku Negara Palestin untuk segera berbuat demikian dan memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan tersebut. Malaysia juga bersedia untuk menyokong usaha ini demi keadilan dan kebebasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan usaha tersebut pastinya akan memperkukuh solidariti warga Palestin.
Katanya, Deklarasi Beijing juga merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
"Saya menzahirkan penghargaan buat Kerajaan China dalam memudahcara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan dua belas fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin," katanya dalam kenyataan itu.
Anwar menambah beliau amat berharap bahawa deklarasi perpaduan tersebut benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan.
Katanya lagi, perakuan antarabangsa disifatkan sebagai penting ketika ini.
Justeru beliau menggesa kerajaan di seluruh dunia yang belum memperaku Negara Palestin untuk segera berbuat demikian, selain memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan tersebut.
Malaysia juga katanya bersedia untuk mencurahkan tenaga dan keringat ke arah tersebut demi keadilan dan kebebasan.
Hari ini media antarabangsa melaporkan 14 kumpulan Palestin mencapai persetujuan secara praktikal dan terperinci untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.
Wakil 14 kumpulan tersebut termasuk Fatah dan Hamas yang menghadiri rundingan perdamaian dan menandatangani Deklarasi Beijing yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Beijing
#Anwar Ibrahim
#Fatah dan Hamas
#perdamaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan