NATIONAL
Deklarasi Kuala Lumpur ditandatangani, perkasa dua dekad ASEAN
Pemimpin ASEAN menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, menggantikan dokumen ASEAN 2025: Maju Bersama, sebagai hala tuju strategik jangka panjang baharu rantau ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pemimpin ASEAN hari ini menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, yang menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia.
Ringkasan AI
Deklarasi tersebut ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi ASEAN 2025, disertai sembilan lagi pemimpin negara Asia Tenggara bagi menggantikan "ASEAN 2025: Maju Bersama", yang diterima pakai pada 2015.
Dokumen strategik jangka panjang itu merangka hala tuju ASEAN untuk dua dekad akan datang, dengan aspirasi membentuk Komuniti ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat menjelang tahun 2045.
Visi itu juga membayangkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Indo-Pasifik.
Menurut Perdana Menteri, masa depan ASEAN harus berteraskan kelestarian dan keterangkuman, dengan menekankan kepentingan pertumbuhan yang adil dan daya tahan yang berterusan.
"Saya merakamkan penghargaan mendalam kepada semua yang telah menyumbang kepada visi ini, yang dibentuk dengan ketekunan dan pragmatisme.
"Sepuluh tahun lalu, di bandar ini, kita melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2025.
"Detik itu mengukuhkan peranan ASEAN sebagai sauh kestabilan dan pusat graviti ekonomi yang semakin meningkat," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Membina masa depan, di sini, pada Isnin.
Visi ASEAN 2045 digariskan melalui enam dokumen penting, termasuk Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC), Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030, Pelan Strategik Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC), dan Pelan Strategik Kesalinghubungan ASEAN.
Melalui deklarasi tersebut, negara anggota antaranya bersetuju untuk meningkatkan kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN serta memperkukuh Sekretariat ASEAN, bagi memajukan pelaksanaan ASEAN 2045.
Deklarasi tersebut dirangka dengan melibatkan lebih 500 langkah-langkah strategik
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Pemimpin ASEAN menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045, menggantikan dokumen ASEAN 2025: Maju Bersama, sebagai hala tuju strategik jangka panjang baharu rantau ini.
- Deklarasi ini merangkumi visi membentuk Komuniti ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berorientasikan rakyat, serta menjadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan Indo-Pasifik menjelang 2045.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan bahawa masa depan ASEAN perlu berteraskan kelestarian dan keterangkuman, dengan pertumbuhan yang adil dan daya tahan berterusan sebagai asas utama.