MALAYSIA
Delegasi AMM ke-58 mula tiba di Malaysia
Phongsavanh Sisoulath, Timbalan Menteri Luar Laos. - Foto BERNAMA
SEPANG: Delegasi negara anggota ASEAN mula tiba di Malaysia semalam bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung pada Selasa hingga Jumaat.
Timbalan Menteri Luar Laos, Phongsavanh Sisoulath adalah antara diplomat terawal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.05 malam Ahad.
Turut tiba wakil Kementerian Luar Myanmar, Kyaw Nyun Oo dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Thailand, Eksiri Pintaruchi.
Selain itu, beberapa pegawai kanan negara ASEAN dari Filipina, Vietnam, Brunei dan Indonesia juga tiba di ibu negara semalam.
AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", akan merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi libat urus bersama Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog Sektoral.
Mesyuarat yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), akan menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan terdiri daripada menteri luar ASEAN, Timor-Leste, rakan dialog ASEAN, negara peserta Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog sektoral dan pegawai kanan Sekretariat ASEAN.
Malaysia menjadi tuan rumah AMM sebagai sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN buat kali kelima, selepas pernah memegang peranan berkenaan pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA