MALAYSIA
Delegasi Malaysia sertai misi Flotilla selamat tiba di Tunisia
Ketua Pegawai Eksekutif CGM Muhammad Nadir Al-Nuri (dua, kanan) bercakap pada sidang media Sumud Nusantara. - Foto Sumud Nusantara Official
SHAH ALAM: Seramai 15 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Tunisia selepas belayar dari Sepanyol.
Sumud Nusantara dalam hantaran di Facebook memaklumkan, seorang daripada delegasi itu bagaimanapun dilaporkan memerlukan rawatan perubatan sejurus tiba di Tunisia.
Menurutnya, setakat ini, 22 daripada 24 kapal yang menyertai flotila berkenaan telah berjaya sampai di Tunisia bagi meneruskan misi kemanusiaan tersebut.
"Serangan ke atas sebuah kapal yang berlaku di pelabuhan Tunisia sebelum ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
"Semua pihak dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga pengesahan rasmi dibuat pihak berkuasa," katanya pada Selasa.
Menurut Sumud Nusantara lagi, misi berkenaan akan tetap diteruskan seperti dijadualkan walau apapun berlaku.
Dalam perkembangan sama, Sumud Nusantara telah menubuhkan sebuah Command Centre diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) di gudang Mapim, Sepang.
Terdahulu, seramai 15 rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran tersebut bermula 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Misi berkenaan merupakan sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza. - Sinar Harian