DREBAR
Delphi – Menuju ke pemanduan autonomous
Walaupun banyak kerja-kerja pembangunan teknologi autonomous dilakukan oleh syarikat-syarikat kereta, hakikatnya mereka tidak dapat melakukan tugas itu bersendirian. Syarikat-syarikat gergasi pun ada kala menggunakan pihak ketiga, lebih-lebih lagi untuk mempercepatkan proses ujikaji dan memaksimakan tenaga kerja sedia ada.
Namun demikian, dari segi praktikalnya kita masih jauh daripada melihat sebuah kereta autonomous digunakan di atas jalan raya. Tetapi banyak teknologi yang menjayakan pemanduan autonomous sudah mencapai tahap pembangunan yang maju. Apa yang kami paparkan di sini adalah antara ramuan yang diperlukan sebelum pamanduan autonomous dapat disempurnakan.
Delphi adalah antara syarikat teknologi yang sudah lama menjalankan penyelidikan bagi pemanduan autonomous. Mereka juga ada kerjasama dengan firma automotif, sepeti Audi yang sudahpun menunjukkan hasil positif. Sebelum ini kami pernah memaparkan kisah ‘Roadrunner’, sebuah SUV Audi Q5 yang menjadi platform R&D utama di Delphi bagi pemanduan autonomous.
Antara teknologi teras untuk menjayakan pemanduan autonomous adalah V2E ataupun Vehicle to Everything. V2E itu sendiri adalah gabungan ciri-ciri berikut:
Teknologi-teknologi ini sedang dipamerkan oleh Delphi di CES, Las Vegas. Walaupun teknologi pemanduan autonomous masih di dalam kajian, Delphi buat masa ini membuat rekaan dan menghasilkan sistem termaju menggabungkan pelbagai kamera, sensor pengesan, radar dan perisian yang dapat meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.
Dalam masa terdekat, Delphi akan membekalkan sistem V2V ‘Super Cruise’ pada Cadillac CTS model 2017. Sebuah sistem V2V aftermarket pula akan dilancarkan pada pameran CES yang sedang berlangsung yang membolehkan semua kereta yang dipasang V2V ini untuk berhubung antara satu sama lain. Oleh itu, komunikasi antara kereta tidak hanya mampu dibuat oleh model kereta dengan V2V terbina-dalam.
Kata Jeff Owens, ketua pegawai teknologi Delphi, “Kami membayangkan dunia tanpa kemalangan. Untuk mencapainya kami perlu ada titik pertemuan diantara ciri keselamatan aktif, platform ketersambungan, perisian termaju dan pelbagai alat pengesan. Delphi telah membuktikan yang kami adalah salah satunya syarikat yang dapat memberikan imbangan antara semua ini.”
