Demi Rosmah dan Najib, Lokman adakan himpunan solidariti

Sinar Harian
Oktober 3, 2018 11:19 MYT
LOKMAN: Kita akan anjurkan himpunan malam ini jam 9 malam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. - Gambar fail
Pemantau Kerajaan Baharu bakal mengadakan himpunan solidariti pada malam ini.
Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata himpunan itu bagi menyatakan rasa kebersamaan buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor yang sedang berhadapan siasatan pihak berkuasa ketika ini.
"Kita akan anjurkan himpunan malam ini jam 9 malam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya," katanya ringkas kepada Sinar Harian.
Hari ini, kedua-dua mereka di panggil pihak berkuasa untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.
Nasib berbeza ditempuhi mereka apabila Rosmah ditahan SPRM pada jam 3.20 petang.
Rosmah, 66, dijangka dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok bagi menghadapi pertuduhan dipercayai pengubahan wang haram.
BACA: Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok
BACA: Selepas tiga jam disoal siasat, Najib keluar ikut pintu belakang
SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mendapat izin mendakwa Rosmah daripada Pejabat Peguam Negara.
Najib pula bagaimanapun pulang ke rumah dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.
Najib hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung isu penyalahgunaan wang haram, beliau disiasat di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.
#bekas perdana menteri #himpunan solidariti #Lokman Adam #Lokman Noor Adam #Najib Razak #Rosmah Mansor #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia