PELANTIKAN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan, susulan daripada peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh mengundang pelbagai reaksi terutama di kalangan rakyat.
Media sosial pula terus tanpa henti dibanjiri dengan pelbagai spekulasi dan ulasan terhadap isu pelantikan Perdana Menteri.
Sebuah media asing, The Guardian pula dalam editorialnya mengaitkan isu pelantikan tersebut sebagai satu usaha ‘Raja yang menggulingkan keputusan pilihanraya demokratik mencabar orde lama yang rasuah’.
Malah media tersebut turut menggesa masyarakat dunia menegur proses pelantikan tersebut.
Dalam pada itu, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menyebabkan pihak-pihak tertentu mendakwa kononnya pelantikan itu adalah melalui ‘pintu belakang’ malah membelakangkan demokrasi.
Ada pula yang mendakwa kerajaan bakal dibentuk adalah kerajaan tanpa mandat rakyat.
Apatah lagi, kedengaran suara-suara lantang secara terbuka yang mahu mengusulkan ‘undi tidak percaya’ terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang untuk menjatuhkan kerajaan yang baharu sahaja ditubuhkan.
Berteras demokrasi
Perlu diketahui bahawa pelantikan Muhyiddin adalah berteraskan prinsip demokrasi malah berdasarkan lunas-lunas perundangan utama negara.
Majoriti Ahli Dewan Rakyat yang mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jelas menggambarkan prinsip dan nilai demokrasi.
Rakyat perlu ingat, Muhyiddin dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh Ahli Dewan Rakyat yang dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Memandangkan majoriti wakil rakyat yang menyokong pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri apabila selesai PRU14, maka Yang di-Pertuan Agong melantik beliau sebagai Perdana Menteri mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlu dijelaskan bahawa pelantikan Dr Mahathir bukanlah bersandarkan kepada parti politik yang beliau wakili atau gabungan parti-parti politik yang beliau terajui tetapi berasaskan hemat Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Mengikut keputusan PRU14, daripada jumlah 222 kerusi Parlimen, jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti politik adalah seperti berikut; UMNO (54), PKR (47), DAP (42), Pas (18), PBB (13), Bersatu (13), Amanah (11), PBRS (1), Warisan (8), PRS (3), MIC (2) dan MCA, PBRS, SUPP, UPKO, GBS, STAR masing-masing 1 dan Bebas pula 3.
Namun, Dr Mahathir yang menerajui parti hanya memenangi 13 kerusi berpakat dengan beberapa parti menang di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) supaya jumlah sokongan kerusi gabunganya melebih kerusi Barian Nasional (BN).
PH berjaya memperolehi 113 kerusi, iaitu majoriti mudah manakala BN pula sekadar 79 kerusi sahaja.
Memandangkan Dr Mahathir memperolehi sokongan majoriti kerusi Parlimen (113) berbanding BN (79), maka Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
BN yang memenangi jumlah kerusi kedua tertinggi pada PRU14 pula menjadi parti pembangkang.
Maka dapat dilihat, prinsip dan tatacara yang sama digunakan dalam proses pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Kaedah atau tatacara pelantikan seorang Perdana Menteri dan kerajaan jelas termaktub dalam Perkara 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara hanya melaksanakan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semasa melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Dengan itu, tidak timbul sebarang isu kononnya lantikan Muhyiddin menyebabkan pihak yang menang dipinggirkan dan pihak yang kalah pula diangkat sebagai kerajaan seperti yang didakwa sesetengah pihak termasuklah media asing seperti The Guardian.
Kerjasama politik
Sejarah politik dunia pernah menyaksikan parti-parti politik yang bertentangan dalam pilihanraya umum berkerjasama untuk membentuk kerajaan campuran kerana parti masing-masing menghadapi masalah kekurangan majoriti dalam Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Sebagai contoh, baru-baru ini, Itali mengalami suasana politik yang hampir sama seperti di Malaysia.
Pada tahun 2018, tiga parti utama di Itali tidak berjaya memperolehi undi majoriti dalam pilihanraya umum dan ini mengakibatkan kerajaan baharu tidak dapat dibentuk.
Parti Five Star Movement (M5S) yang memperolehi undi popular sebanyak 32.7 peratus dan Parti Liga yang meraih 17.4 peratus berpakat membentuk kerajaan campuran.
Parti Demokratik (PD) yang memperolehi 18.7 peratus undi popular pula menjadi parti pembangkang.
Namun, kerajaan campuran tersebut tidak kekal lama malah tumbang berikutan Perdana Menteri, Giuseppe Conte yang disokong oleh M5S meletakkan jawatan kerana bimbang akan kehilangan majoriti dalam Parlimen berikutan kemungkinan penarikan sokongan Parti Liga terhadapnya.
Peletakan jawatan Perdana Menteri Itali menimbulkan kekalutan dalam menubuhkan sebuah kerajaan baharu.
Akhirnya, pada September 2019, Parti Demokratik, yang terdiri daripada barisan pembangkang bekerjasama dengan parti M5S menubuhkan kerajaan campuran baharu.
Jelaslah, parti-parti yang mendokong ideologi politik berbeza dan bercakaran sepanjang hayat politik terutamanya dalam pilihanraya umum sebelumnya berjaya melupakan persengketaan atau permusuhan lama antara mereka dalam membentuk kerajaan campuran bagi mengelakkan negara terus terjerumus dalam kancah krisis politik.
Justeru itu, rakyat sewajarnya memberi sokongan padu kepada kerajaan baharu kepimpinan Muhyiddin supaya kerajaan dapat menumpukan lebih perhatian kepada usaha menyelesai isu-isu utama yang dihadapi rakyat dan bukannya membuang masa dalam perang politik yang tidak akan terhenti bagaikan permainan Roller Coaster.
Sekiranya Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tidak kekal bersama perikatan malah keluar daripada ‘gabungan’, maka tidak ada pilihan lain selain membubarkan Parlimen.
Rakyat harus membenarkan kerajaan baharu menggunakan masa sebaik-baiknya bagi menguruskan negara mencapai agenda kemakmuran bersama.
Kerajaan baharu harus memberi tumpuan kepada usaha mengatasi rasuah dalam perkhidmatan kerajaan, mengawal ekonomi negara daripada terus merosot, menyediakan peluang pekerjaan supaya kadar pengganguran tidak terus meningkat dan memastikan harga barang-barang keperluan asas tidak naik melambung.
Sehubungan itu, sebahagian besar masyarakat India menyokong kerajaan baharu kepimpinan Muhyiddin.
Mereka berharap kerajaan baharu memahami aspirasi kaum India yang diabaikan kerajaan terdahulu.
Meskipun kerajaan terdahulu melantik empat orang dari keturunan India sebagai Menteri Kabinet, mereka didakwa kurang memberi perhatian kepada keperluan kaum India kerana menganggap diri bukan mewakili semata-mata kaum India dalam Kabinet.
Justeru, kaum India berharap kerajaan baharu dapat melantik wakil daripada MIC di bawah kepimpinan Tan Sri S A Vigneswaran, satu-satunya parti tunggal dalam negara yang mewakili kepentingan kaum India supaya aspirasi, keperluan dan pandangan kaum India dapat diambil kira dalam pembentukan dasar kerajaan baharu.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Mar 09 2020
Kaedah atau tatacara pelantikan seorang Perdana Menteri dan kerajaan jelas termaktub dalam Perkara 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Perkhidmatan Awam: Gaji naik, produktiviti meningkat?
Susulan pengumuman Perdana Menteri atas kenaikan gaji penjawat awam.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Penjawat Awam: Gaji naik, pacu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara. Bagaimana untuk memastikan kenaikan gaji penjawat awam memberi manfaat yang seimbang kepada pengurusan, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta ekonomi negara?
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
AWANI Ringkas: Papagomo didakwa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
Budak autistik ditemukan lemas jatuh Sungai Skudai
Mangsa ditemukan oleh anggota unit PPDA pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
WEF: Where will semiconductors land?
Semiconductors are an essential component in the digital age, powering everything from toys and cars, to banking and defense systems. While 90% of today’s chip manufacturing is based in Asia, new industrial policies and export restrictions are attempting to reshape the geographic balance of these supply chains. As new players enter the game, where will the future of semiconductors lead?
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Souness syak corak perjanjian yang MU gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Ronaldo turut dilakukan terhadap Salah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Asyraf Roslan
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).