awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dendam ditegur tidak cuci pinggan, lelaki sanggup 'parangkan' rakan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
02/08/2019
04:01 MYT
Dendam ditegur tidak cuci pinggan, lelaki  sanggup 'parangkan' rakan
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek (gambar), 26, berjaya diberkas pada hari kejadian. - Foto PDRM
Hanya kerana ditegur tidak mencuci pinggan selepas makan, seorang lelaki berdendam sehingga menetak kepala rakannya dalam satu kejadian di sebuah rumah di sebuah ladang kelapa sawit di Cenderawasih, dekat sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek, 26 tahun, berjaya diberkas pada hari kejadian.
Manakala, mangsa, 29 tahun cedera di bahagian kulit kepala, bahu dan pipi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kedua-dua lelaki itu merupakan pekerja ladang dan tinggal di rumah yang sama.
Menurutnya, sebelum kejadian mangsa sedang tidur di bilik lalu diserang suspek menggunakan parang sehingga berlaku pergelutan namun mangsa sempat merebut parang terbabit.
“Suspek kemudian keluar dari bilik mangsa dan kembali semula dengan sebilah parang lain namun mangsa berjaya meyelamatkan diri dengan berlari ke rumah penyelia ladang lalu dikejarkan ke hospital.
“Laporan polis dibuat dan suspek berjaya diberkas di rumah terbabit. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa pernah menegur suspek kerana tidak mahu mencuci piring selepas makan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#cedera
#ditetak dengan parang
#Lahad Datu
#Nasri Mansor
#siasatan
#tak cuci pinggan
#tak cuci piring
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan