awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dendam lama punca peniaga emas ditembak

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2013
00:00 MYT
Dendam lama punca peniaga emas ditembak
Siasatan awal pihak polis mendapati punca peniaga emas ditembak di Kampung Sering, Kota Bharu Pada Selasa adalah disebabkan dendam lama.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Polis, ACP Azham Othman, mangsa yang kini masih di rawat di hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, berada dalam keadaan stabil.
Mangsa Lokman Zakaria, 49 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri dan peluru masih lagi berada di bahu kiri mangsa.
“Terdapat perbalahan lama mangsa dan ini mungkin menjadi satu dendam disimpan oleh pihak musuh dan sebab itu beliau dicari dan diambil tindakan untuk membunuh beliau,” kata Azham.
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa di HUSM Kubang Kerian.
Katanya pihak polis masih mengesan penjenayah berkenaan dan tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali penjenayah berkenaan.
Dalam kejadian lewat petang Selasa lalu, seorang peniaga emas nyaris maut apabila ditembak lima das dalam satu kejadian tembakan.
Mangsa yang ketika itu sedang memandu menaiki kereta bernasib baik kerana hanya dua peluru mengenainya manakala tiga das tembakan lagi tersasar.
Dua penjenayah terbabit yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh berjaya melarikan diri dengan motosikal jenis berwarna hitam.
Topic Berkaitan
#dendam
#HUSM
#Kes Tembak
#PDRM
#peniaga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan