IPOH: Seorang saksi yang tinggal berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi terkejut apabila mendengar bunyi aneh sebelum melihat sebuah pesawat terbang pada paras rendah.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata dia yang baru selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran melihat pesawat itu melanggar tiang lampu berhampiran kunci air.
"Pesawat tersebut dilihat terbang pada paras rendah lalu terhempas melanggar tiang tersebut. Susulan daripada itu saya membuat pusingan U dan pergi melihat keadaan pesawat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian..
Sementara itu, penduduk sebuah rumah berhampiran yang hanya dikenali sebagai Haizad berusia 22 tahun berkata dia terdengar bunyi hentaman yang kuat ketika sedang berada di rumah ketika kejadian sekitar 7 malam.
"Saya tidak terus keluar ke rumah kerana menyangkakan kemalangan biasa sehinggalah kawan saya memaklumkan melalui WhatsApp berkenaan ada pesawat terhempas, selepas melihat gambar barulah sedar kejadian sangat dekat dengan rumah," katanya.
Seorang jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala seorang lagi Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera dalam nahas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Pegawai dan anggota keselamatan melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat jurulatih penerbangan yang maut selepas pesawat ringan jenis Piper 28 terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Jasad Roshaan selamat disemadikan
MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat.
Mayat mendiang Roshaan Singh dibawa pulang ke Kota Tinggi
Mayat akan dibawa ke Sunway Lenang, Kota Tinggi, Johor Bahru untuk urusan pengebumian pada Khamis.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bedah siasat dilakukan 8 pagi Rabu
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Pesawat ringan bawa tiga penumpang terhempas di Perancis
Anggota bomba berjaya menemui serpihan pesawat sedalam tiga hingga empat meter di dalam laut.
2 maut, 3 cedera pesawat Piper terhempas di Alaska
Serpihan pesawat dikesan kira-kira 4.8 kilometer utara Old Harbor, menurut Pengawal Pantai AS.
3 maut pesawat ringan terhempas di California
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.02 petang (waktu tempatan) (22:02 GMT) pada Isnin.
Pesawat kecil terhempas ke jalan raya akibat kehabisan minyak
Difahamkan juruterbang terlalu leka membetulkan sistem komunikasi yang rosak dan terlupa memeriksa paras bahan api pesawat.
Nahas pesawat Piper 28: Jenazah Fajim Juffa dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB
Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng semalam telah dibawa keluar daripada HRPB.
Pesawat terhempas: Juruterbang parah stabil, masih terima rawatan
Polis menafikan dakwaan bahawa juruterbang berusia 62 tahun itu telah meninggal dunia sepertimana tersebar sejak malam tadi.
Pesawat terhempas: Kerajaan Perak arah perketat aspek keselamatan
Kejadian itu bukan sahaja membahayakan juruterbang, tetapi mengundang risiko keselamatan kepada orang ramai kerana berhampiran kawasan pekan dan perumahan.