awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi: 45 kematian dicatat sejak Januari

Bernama
Bernama
23/07/2023
06:19 MYT
Denggi: 45 kematian dicatat sejak Januari
Dr Zaliha memberitahu KKM sedang melihat keberkesanan inisiatif sedia ada iaitu operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia yang merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 45 kematian akibat denggi, dengan jumlah kumulatif sebanyak 63,966 kes demam itu direkodkan dalam tempoh Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu sebanyak 136.8 peratus bagi jumlah kematian, manakala peningkatan sebanyak 129.2 peratus bagi kumulatif kes.
"Bercakap mengenai kebersihan persekitaran, satu daripada penyakit yang sering menghantui kita ialah demam denggi. Dalam tempoh sama tahun lepas, jumlah kumulatif kes demam denggi yang direkodkan ialah 27,914 kes, melibatkan 19 kematian (Januari-Julai 2022).
"Dalam usaha menangani pembiakan Aedes, penjagaan persekitaran merupakan tanggungjawab kita bersama yang memerlukan penglibatan semua pihak," katanya ketika berucap pada Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini hari ini.
Dalam sidang media selepas program itu, Dr Zaliha memberitahu pihaknya juga sedang melihat keberkesanan inisiatif sedia ada iaitu operasi melepaskan nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia yang merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk seterusnya menghalang penyebaran virus denggi.
"Ada 28 kawasan yang sudah laksanakan. Kita lihat keberkesanannya agak besar dalam 30 hingga 100 peratus. Kita sedang melihat pelaksanaan program dalam setahun dua ini, kalau berkesan kita akan perluas terus ke seluruh negara," katanya.
Dr Zaliha berkata usaha pencegahan dan kawalan denggi juga turut diperkasakan dengan penglibatan sukarelawan MyCHAMPION COMBI yang mempunyai 31,065 ahli terdiri daripada kalangan komuniti di seluruh negara.
Beliau berkata sukarelawan tersebut berperanan memberi kesedaran kesihatan kepada orang ramai dan sebanyak 73,170 sesi lawatan premis telah dilakukan oleh sukarelawan tersebut setakat Jun tahun ini.
Katanya selain itu sebanyak 894 sesi gotong-royong melibatkan kehadiran lebih 44,000 masyarakat telah dilaksanakan di seluruh negara.
Dalam pada itu Dr Zaliha turut menyarankan semua jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti dan sukarelawan di Terengganu menjadikan Sabtu minggu keempat setiap bulan sebagai hari membersihkan kawasan perumahan secara beramai-ramai ke arah membendung penularan kes denggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#nyamuk aedes
#kes kematian
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan