awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Denggi: Dua kematian direkodkan di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
16/04/2024
06:30 MYT
Denggi: Dua kematian direkodkan di Pulau Pinang
Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan rekod tertinggi iaitu 18 kes, diikuti SPS (15), Timur Laut (lapan) dan masing-masing lima kes di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU). -Gambar hiasan/Wikipedia
GEORGE TOWN: Sebanyak 51 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 April lepas di Pulau Pinang.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan memaklumkan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mencatatkan rekod tertinggi iaitu 18 kes, diikuti SPS (15), Timur Laut (lapan) dan masing-masing lima kes di daerah Barat Daya dan Seberang Perai Utara (SPU).
"Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME15 adalah sebanyak 1,730 kes, manakala kematian direkodkan masing-masing satu kes di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan (SPS)," menurut hantaran di laman Facebook JKNPP hari ini.
Menurut JKNPP, dua kawasan di SPT dikenal pasti sebagai hotspot taburan lokaliti wabak denggi iaitu Taman Alma Jaya dan Taman Nirwana manakala satu hotspot turut dikesan di Taman Sri Pinang dalam daerah Timur Laut.
Justeru, JKNPP menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan dan kawalan sendiri bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan dan premis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#pulau pinang
#JKNPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan