Deposit wang simpanan ke akaun Tabung Haji kini dalam talian

Bernama
Disember 17, 2020 10:41 MYT
Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Pos Malaysia telah menaik taraf perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Pos Malaysia telah menaik taraf perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.
TH, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa langkah itu sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan selain memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya.
"Sehubungan itu, bermula 2 Jan 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks: 03-77284959 atau e-mel di th-info@lth.gov.my.
-- BERNAMA
#Lembaga Tabung Haji #TH #pos malaysia #deposit wang simpanan #Pos Online #CCD #Tabung Haji #dalam talian