awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
15/08/2023
02:00 MYT
Dera kanak-kanak 6 tahun, bekas teman lelaki ibu ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun di sekitar Johor Bahru lebih kurang jam 11.05 malam di sekitar Johor Bahru. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berusia enam tahun pada Isnin.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seorang kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal dipercayai didera bekas teman lelaki kepada ibu mangsa.
Jelasnya laporan polis berhubung kejadian dibuat ibu mangsa berusia 25 tahun, pada jam 10.39 pagi, semalam.
Katanya ibu mangsa membuat laporan anaknya didera di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Utara menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun di sekitar Johor Bahru lebih kurang jam 11.05 malam di sekitar Johor Bahru.
"Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu di bahagian bibir dan muka.
"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapat rawatan lanjut.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera
#teman lelaki
#ibu mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan