MALAYSIA
Dera kanak-kanak: Pasangan suami isteri direman seminggu bantu siasatan
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
NILAI: Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang berlaku di daerah ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun dan wanita, 30, itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talha di Mahkamah Seremban di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
"Kedua-dua mereka berasal dari Sabah dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Johari dilaporkan berkata kes penderaan itu terbongkar pada Selasa lepas apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada 5.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di IPD Nilai bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun di daerah tersebut.
- Perintah reman dikeluarkan terhadap lelaki, 22 tahun, dan wanita, 30 tahun, oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talha di Mahkamah Seremban.
- Kes penderaan kanak-kanak itu terbongkar apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan, dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun dan wanita, 30, itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talha di Mahkamah Seremban di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
"Kedua-dua mereka berasal dari Sabah dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Johari dilaporkan berkata kes penderaan itu terbongkar pada Selasa lepas apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai pada 5.30 petang, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di IPD Nilai bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab pasangan suami isteri direman selama tujuh hari?
A: Mereka direman bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang berlaku di daerah tersebut. - Q: Daripada mana asal kedua-dua individu yang direman?
A: Mereka berasal dari Sabah. - Q: Bagaimanakah kes penderaan kanak-kanak tersebut terbongkar?
A: Kes penderaan itu terbongkar apabila seorang penghantar makanan menjumpai kanak-kanak tersebut dalam keadaan terbiar, ketakutan dan menggigil di luar sebuah premis kedai serbaneka di Star Valley Nilai. - Q: Apakah tindakan yang diambil selepas kanak-kanak ditemui dalam keadaan terbiar?
A: Kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak polis, dan susulan itu, ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak terbabit ditahan di IPD Nilai bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Q: Di bawah akta undang-undang manakah permohonan reman dibuat?
A: Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.