awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera kanak-kanak tiga tahun hingga mati, dua pengasuh direman tujuh hari

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
04/10/2022
03:21 MYT
Dera kanak-kanak tiga tahun hingga mati, dua pengasuh direman tujuh hari
Suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembantu rumah wanita warga asing berusia 40 tahun tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Dua pengasuh yang ditahan berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai, di sini, pada Ahad malam, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan majistret, R. Salini ke atas suspek, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing berusia 40 tahun di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Kedua-dua suspek tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan kawalan polis.
BACA: Kanak-kanak 3 tahun maut dipercayai didera, polis tahan rakan bapa, pembantu rumah
Suspek dipercayai mendera mangsa hingga mati di sebuah kediaman di Taman Skudai sebelum ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.
Polis menerima aduan mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 11 malam pada Ahad daripada bapa mangsa apabila dimaklumkan tentang kejadian daripada suspek lelaki yang juga kenalannya.
[TERKINI] Lelaki, pembantu rumah direman kes dera kanak-kanak hingga maut
Difahamkan suspek diupah menjaga mangsa serta adik perempuannya yang berusia setahun dengan bayaran RM2,800 sebulan.
Pemeriksaan awal mendapati kesan lebam dan luka pada badan mangsa sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk bedah siasat.
Kes Dera | Kanak-kanak tiga tahun maut dipercayai didera pengasuh
Topic Berkaitan
#kanak-kanak berusia tiga tahun
#dera hingga mati
#Taman Skudai
#pengasuh yang juga rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan