awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera: Pemilik taska serah diri di IPPKL hari ini

Bernama
Bernama
07/11/2013
11:15 MYT
Dera: Pemilik taska serah diri di IPPKL hari ini
-gambar hiasan-
Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati yang dikehendaki polis berhubung dakwaan mendera kanak-kanak yang diasuhnya, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata wanita itu, Rozita Awang, 35, menyerah diri pada 10.30 pagi setelah diarah polis untuk berbuat demikian, semalam.
Wanita yang mempunyai enam anak itu ditahan reman bermula esok, katanya kepada Bernama di sini.
Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.
Setakat semalam, lima laporan polis berhubung insiden itu juga dibuat di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Okt dan 4 Nov lepas.
Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana terdapat kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska berkenaan.
Topic Berkaitan
#dera
#Ku Chin Wah
#Rozita Awang
#Taman Asuhan Kanak-Kanak Permata Harapan
#Taman Melati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan