Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar

Keadaan di lokasi kebakaran deretan kedai makan pada Khamis. Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Deretan kedai makan dan kedai runcit di Jalan PJS 2D/1, Taman Medan di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 12.29 tengah hari
"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala serta bantuan BBP Petaling Jaya, Puchong dan Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh enam kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan bangunan kelas C yang menempatkan deretan kedai makan dan kedai runcit, dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


