awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deretan lapan kedai dua tingkat di George Town musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
07/09/2023
14:37 MYT
Deretan lapan kedai dua tingkat di George Town musnah dalam kebakaran
Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, musnah dalam kebakaran malam ini. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Lapan deretan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Keramat, di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, A'azelan Hassan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam sebelum jentera pertama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.
"Sebaik pihak bomba tiba mendapati api sedang marak dan beberapa buah kedai yang terletak berhadapan restoran nasi kandar terkenal di situ sedang terbakar,pihak bomba menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
"Kebakaran itu menyebabkan lapan buah kedai sederet di situ yang berkeluasan 4,800 kaki persegi terbakar namun setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi malam ini.
Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai-kedai lain yang terdapat di deretan di situ dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu dibantu lebih 100 pegawai dan anggota melibatkan BBP dari Lebuh Pantai, Bagan Jermal, Bayan Baru, Bandar Perda dan Sungai Bakap serta Pasukan Bomba Sukarela.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#deretan kedai
#kebakaran
#Jalan Datuk Keramat
#George Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan