awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Derma ikhlas Arab Saudi bersihkan nama PM Najib - Azalina

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2016
08:14 MYT
Derma ikhlas Arab Saudi bersihkan nama PM Najib - Azalina
AZALINA: Penjelasan Adel mengukuhkan lagi kenyataan bahawa derma itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. -Gambar fail
Kenyataan terbaharu Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir mengenai derma RM2.6 bilion menunjukkan apa yang dicanang blok pembangkang selama ini adalah tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut Azalina, penjelasan Adel itu juga mengukuhkan lagi kenyataan bahawa derma itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
"Sebelum ini ramai yang mempertikaikan mengenai kenyataan Peguam Negara bahawa wang derma itu bukan daripada 1MDB, sebaliknya datang daripada Arab Saudi.
"Namun kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.
Pengesahan Menteri Luar Arab Saudi itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Turki.
Azalina antara lain percaya bahawa rakyat semakin jelas mengenai isu ini dan tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan palsu untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Terbaharu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB.
"Jadi siapa yang berbohong selama ini?" soal Azalina.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Adel al-Jubeir
#Arab Saudi
#Azalina Othman Said
#Najib Tun Razak
#RM2.6 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan