Polis sedang memburu penyebar surat layang yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pihak yang menyebarkan surat layang itu melalui media sosial melakukan tiga kesalahan.
“Kepala surat atau letterhead yang digunakan adalah yang diciplak dari letterhead kerajaan dan jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol ataupun garis panduan yang ada, malah tandatangan saya juga ditiru tetapi saya tahu tandatangan itu palsu.
“Terdapat kesalahan besar yang dilakukan, pertamanya melakukan pemalsuan tandatangan saya, yang kedua menggunakan bahan rasmi kerajaan persekutuan dan yang ketiga menimbulkan perkara perkara yang boleh membawa kepada pemalsuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) kee-24 di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu.
Katanya beliau dimaklumkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang melakukan siasatan secara mendalam untuk memburu penyebarnya.
Beliau diminta mengulas penyebaran lampiran surat layang yang mengandungi senarai kabinet baharu dengan Ahmad Zahid dinamakan sebagai Perdana Menteri di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp.
Surat layang tersebut juga menggesa semua anggota Kabinet mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Beliau yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata surat itu adalah satu fitnah untuk mewujudkan ketegangan dalam BN dan UMNO.
"Mereka melihat kemesraaan saya dan perdana menteri yang terjalin sejak 1987 ketika Najib masih Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO. Mereka cemburu dengan perpaduan dan keakraban yang wujud. Maka, mereka melakukan perlagaan antara pemimpin.
"Mereka tahu jika kedua-dua pemimpin (Najib dan Ahmad Zahid) itu boleh dipecahkan, matlamat mereka tercapai," katanya lagi.
Beliau berkata surat layang itu tidak memberi kesan mendalam kepada UMNO dan BN kerana ramai tidak percaya dengan surat tersebut berikutan pemalsuan kepala surat dan juga tandatangan beliau.
Selain itu, katanya, senarai jawatan yang disebutkan juga tidak mengikut protokol atau garis panduan.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata penyebaran khabar angin itu adalah usaha untuk merosakkan hubungan rapat beliau dan timbalan perdana menteri.
Astro Awani
Sun Dec 11 2016
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis telah menerima sekurang-kurangnya 20 laporan polis berhubung penyebaran surat layang itu. - Gambar fail
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.