SEPANG: Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
"Saya setuju untuk disemak semula deskripsi tugas (penjawat awam).. jadi kita kurangkanlah punca berlakunya rasuah itu sendiri," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Mohd Shafiq berkata antara pendekatan yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan rasuah dalam perkhidmatan awam adalah dengan penggunaan teknologi dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.
"Di negara lain tak ada melalui penguatkuasaan secara fizikal, ia melalui teknologi. Contohnya kita lihat di sepanjang lebuh raya dan sebagainya, tidak ada polis tunggu tepi jalan dan tangkap, tapi kamera tu sendiri boleh menguatkuasakan.
"Jadi pendekatan-pendekatan inilah kita tengok boleh kita kaji bagaimana boleh mengurangkan punca rasuah itu," katanya.
Ditanya mengenai cadangan pemakaian kamera badan untuk anggota keselamatan dan penguatkuasaan bagi mencegah rasuah, Mohd Shafiq berkata perkara itu memerlukan kajian teliti terutama dari segi kos dan peraturan-peraturan yang perlu diguna pakai.
"Itu kita pergi kepada agensi-agensi penguat kuasa untuk menilai dan membentangkan sebagai satu dasar," katanya.
Bagi pengambilan kakitangan awam dalam usaha untuk membendung rasuah, Mohd Shafiq berkata selain melalui proses temu duga, pemohon juga perlu memiliki syarat-syarat yang ditentukan dari segi fizikal, kelayakan akademik dan perwatakan.
Menurutnya, 300 daripada sejumlah 525 penjawat awam yang dituduh di mahkamah berhubung rasuah pada tahun lepas telah disabitkan kesalahan.
Mengenai persidangan hari ini, Mohd Shafiq berkata persidangan itu akan mencari pendekatan baharu bagi menyelesaikan masalah rasuah dalam pentadbiran awam kerana isu rasuah boleh merencatkan pembangunan dan memberi kemudaratan kepada kesejahteraan negara.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam ucapannya pada persidangan itu yang dibacakan Mohd Shafiq berkata Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 kini memasuki fasa akhir pelaksanaannya dan setakat ini 37 daripada 82 inisiatif yang digariskan dalam Laporan Semakan Separuh Penggal NACP telah diselesaikan di peringkat output oleh agensi peneraju.
"Ini menggambarkan komitmen oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat serta petunjuk bahawa usaha pengukuhan tadbir urus, integriti dan antirasuah ini terus menjadi keutamaan kerajaan," katanya.
Persidangan dua hari yang merupakan inisiatif Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) antara lain melibatkan pembentangan penyelidikan dalam bidang-bidang berisiko seperti sektor pertahanan, perhutanan, kesihatan dan telekomunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Mohd Shafiq berkata antara pendekatan yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan rasuah dalam perkhidmatan awam adalah dengan penggunaan teknologi dalam menjalankan tugas penguatkuasaan. - Gambar fail

Bengkel SPM berasingan: Isu sudah diselesaikan secara baik - Fadhlina
Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.

Malaysia-Singapura | Lawatan sulung Anwar ke Singapura pada Isnin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada esok, sempena lawatan sulung beliau ke Singapura. Perdana Menteri, diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di Kota Singa pada jam 9.30 pagi.

Minyak Masak Paket | Bekalan di kedai runcit masih krtikal
Peniaga kedai runcit masih terhimpit dengan isu bekalan minyak masak paket yang dilihat masih tidak mampu menampung permintaan harian. Bukan masalah sehari dua, namun dakwa peniaga, ada di antara mereka yang telah terputus bekalan lebih dari tempoh 2 bulan.

Lawatan PM ke Singapura | Selesaikan isu-isu yang berbangkit
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura seringkali terjejas akibat beberapa isu yang timbul, kata Penganalisis Politik UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Penasihat kanan PM | Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Pertikaian Cukai | Rishi Sunak pecat Pengerusi Parti Konservatif
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat Pengerusi Parti Konservatifnya, Nadhim Zahawi, pada Ahad. Tekanan meningkat ke atas Nadhim selepas timbul dakwaan beliau menyelesaikan bil cukai jutaan dolar yang belum dibayar, semasa beliau menjaga portfolio Perbendaharaan Negara.
![[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah [TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007116/11199715851674995926303_640x360.jpg)
[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan. Jelasnya, lantikan itu dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun.
![[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia [TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007115/11199716141674995771226_640x360.jpg)
[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia
Sea Limited, sebuah syarikat internet global terkemuka yang berpangkalan di Singapura, yang juga merupakan syarikat induk bagi Shopee, memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan bakal mewujudkan lebih 2,000 pekerjaan langsung. Sea mengendalikan tiga teras perniagaan merangkumi hiburan digital, e-dagang, serta pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang dikenali sebagai Garena, Shopee dan SeaMoney.

Palestin-Israel | Netanyahu ikrar bertindak segera dan tegas
Palestin lancarkan serangan balas, susulan serbuan yang dijalankan Israel di Tebing Barat pada Jumaat, yang mengorbankan sekurang-kurangnya sepuluh orang termasuk warga emas. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pada Sabtu pihaknya akan bertindak segera dan tegas.

Penasihat Kanan | Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas berhubungan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. Katanya, pelantikan itu tidak melibatkan bayaran elaun. Dan beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai Penasihat Kanan.

Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula
Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam.