awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara bahas usul tergempar isu Palestin petang ini

Bernama
Bernama
06/12/2023
07:39 MYT
Dewan Negara bahas usul tergempar isu Palestin petang ini
Wan Junaidi (foto) berkata usul yang dikemukakan oleh Senator Hussin Ismail di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) itu akan dibahaskan selama satu jam bermula 4.30 petang. -Gambar fail/Twitter @bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini membenarkan usul tergempar isu membantah dan mengecam kekejaman serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin dibahaskan petang ini.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi berkata usul yang dikemukakan oleh Senator Hussin Ismail di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) itu akan dibahaskan selama satu jam bermula 4.30 petang.
Beliau berkata pihak pencadang dibenarkan berbahas selama 10 minit, diikuti perbahasan oleh Ahli Dewan Negara yang lain sebelum pihak kerajaan mengemukakan jawapan.
Katanya bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau selaku Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu bersifat tertentu, bagi kepentingan orang ramai, dan berkehendak disegerakan.
"Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
"Oleh yang demikian saya membenarkan usul ini dibahaskan di dewan bermula 4.30 petang hingga 5.30 petang," katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#rejim Zionis
#Palestin
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan