awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus Bajet 2022

Bernama
Bernama
21/12/2021
11:14 MYT
Dewan Negara lulus Bajet 2022
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Rang Undang-undang Perbekalan 2022 itu melalui tempoh tiga hari perbahasan dan penggulungan oleh 27 kementerian selepas dibentangkan di Dewan pada 14 Dis.
Rang undang-undang itu yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 13 Dis, selepas 13 hari tempoh perbahasan dan penggulungan bermula 22 Nov bagi setiap kementerian terlibat.
Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2022 di peringkat dasar pada 18 Nov.
Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 yang bersifat lebih responsif kepada keperluan semasa dalam membanteras jenayah hidupan liar.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju setelah dibahaskan oleh tujuh senator.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#bajet 2022
#Zafrul Tengku Abdul Aziz
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan