KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber 2024.
RUU itu, yang bertujuan meningkatkan keselamatan siber negara menerusi pematuhan terhadap langkah, standard dan proses tertentu dalam pengurusan ancaman keselamatan siber, diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Terdahulu, Gobind ketika menggulung perbahasan berkata pelaksanaan RUU itu dapat membantu kerajaan memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan fungsi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dalam menangani insiden keselamatan siber.
Beliau berkata RUU itu sangat penting kerana CNII merangkumi sektor kerajaan, perbankan dan kewangan, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan negara serta maklumat, komunikasi dan digital yang lazimnya menjadi sasaran serangan siber bagi melumpuhkan kerajaan.
Turut tersenarai sektor perkhidmatan jagaan kesihatan, air dan pembentungan, pengurusan sisa, tenaga, pertanian dan perladangan, perdagangan industri dan ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.
"Ini adalah sektor-sektor yang kita lihat menjadi sektor yang sangat penting dan sekiranya terdapat ancaman siber, sekiranya berjaya, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat memudaratkan kepada negara.
"Jadi perlu untuk kami melihat bagaimana untuk mewujudkan satu undang-undang supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk pastikan bahawa entiti-entiti (CNII) ini bersiap siaga, faham akan risiko dan bagaimana melaksanakannya," kata beliau.
Gobind turut memaklumkan RUU itu akan menggunakan pendekatan berasaskan penilaian risiko dan menentukan kawalan perlindungan terhadap sebarang teknologi yang akan digunakan kelak.
"Sememangnya (teknologi) blok rantai memberi keupayaan untuk mengesahkan rekod, data dan transaksi namun wujud ancaman keselamatan siber dalam teknologi itu.
"Jadi kita kena berhati-hati," katanya.
RUU itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Mac lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo. - Bernama
Belanjawan 2025 dijangka rangkumi dasar inklusif untuk pertumbuhan mampan
Belanjawan 2025 dijangka mampu memacu pertumbuhan KDNK Malaysia ke paras lebih tinggi, dengan sasaran 5 hingga 6 peratus. Penganalisis percaya Malaysia mampu melebihi pertumbuhan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, disokong oleh dasar fiskal dan inisiatif strategik kerajaan melalui NIMP2030 dan NETR. Negara juga sedang menuju status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 atau 2028.
Orang Asli harap kerajaan teruskan beri peruntukan
Menjelang Belanjawan 2025 Jumaat ini, Masyarakat Orang Asli di negeri Kelantan berharap kerajaan meneruskan peruntukan infrastruktur asas, pembangunan ameniti sosial serta peluang pekerjaan kepada Orang Asli.
Tanah runtuh Melawati: "Hidup dan mati saya di rumah ini" - Yusof Haslam
Setiap kali berlaku bencana di Taman Melawati, Yusof Haslam tidak akan terlepas daripada ditanya mengenai keadaan mahligainya.
Limpahan air punca gelinciran tanah di E6 Taman Melawati
Ikuti laporan Faida Rahim dari lokasi kejadian tanah runtuh di E6 Taman Melawati Ulu Klang susulan insiden semalam yang disumbang limpahan air dari longkang yang dipenuhi batu dan tanah.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
PM akan pengerusikan mesyuarat khas Kabinet, bincang persiapan kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
"Ini penyakit lama sebenarnya.." - Saifuddin
YB Menteri juga menegaskan supaya elak melaga-lagakan beliau dan YB Bintulu kerana mereka berkerja cukup harmoni dan saling tegur menegur.
MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Khaled terima kunjungan hormat CEO Thales International
Antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari.
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina
Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing.
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023
Rang undang-undang (RUU) bagi menggubal akta mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.