awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2024

Bernama
Bernama
12/12/2023
12:54 MYT
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2024
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara setelah melalui tempoh lapan hari perbahasan dan penggulungan selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 29 Nov lepas.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan.
Rang undang-undang itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.
Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.
Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Nov lepas.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#lulus
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2024
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan