KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengambil pelbagai langkah bagi menggalakkan golongan suami membuat caruman untuk isteri di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman dengan sebahagian caruman boleh ditanggung oleh pihak tertentu seperti kerajaan.
"Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. Pasukan teknikal juga akan ditubuhkan sekiranya terdapat tuntutan seperti ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 di Dewan Negara semalam.
Selain itu, Awang berkata KSM melalui PERKESO akan mempergiatkan kempen kesedaran kepada golongan suami melalui sesi libat urus, jerayawara, aktiviti Skuad Prihatin, program Sosial Sinergi PERKESO bagi menggalakkan caruman di bawah SKSSR.
"Ini bagi melindungi isteri yang melahirkan anak kita," katanya. Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2022, Awang berkata seramai 1,090 individu OKU telah berdaftar di bawah Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
Bagi program Return To Work (RTW) pula, seramai 48,354 OKU telah mendapatkan pekerjaan bagi tempoh Januari 2007 sehingga 5 Ogos 2022.
Semasa perbahasan, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi meminta kementerian mengemukakan statistik pekerja OKU yang didaftarkan dalam sistem PERKESO dan bilangan OKU yang sedang menerima sebarang faedah di bawah sistem berkenaan.
Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan oleh Dewan Negara dengan suara majoriti. Turut diluluskan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022.
Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Awang berkata perkara berkaitan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diperhalusi dengan mengambil kira implikasi kewangan. - Gambar fail

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Malaysia Madani | Hormat dan saling percaya penting untuk ubah landskap politik
Hormat dan saling mempercayai adalah penting untuk mengubah landskap politik Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia merupakan sebahagian elemen dalam konsep Madani yang diperkenalkannya yang bertujuan memastikan pembangunan negara tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Jeti runtuh Pulau Pababag: KPM siasat insiden, arah sediakan laluan lebih selamat
KPM telah meminta agar kerajaan tempatan menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah.

Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman.

Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Awang berkata rang undang-undang itu hanya terpakai bagi suri rumah berumur kurang 55 tahun dan tidak terpakai untuk suri rumah yang mencapai umur 54 tahun serta tidak pernah mencarum dengan SKSSR.

Kerajaan sasar pertingkat 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi pada 2030
Bagi merealisasikan sasaran itu, pihaknya akan terus memperkasa TVET dengan menambah baik ekosistem dan meningkatkan kualiti program.

16,562 aduan aplikasi WFW diambil tindakan - KSM
Aduan paling tinggi yang diterima adalah berhubung gaji yang tidak dibayar serta pembayaran lewat iaitu sebanyak 34 peratus atau 5,928 kes.

Perkeso bayar RM186 juta tuntutan COVID-19
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membayar lebih RM186 juta tuntutan faedah kes COVID-19 kepada 173,498 pekerja di negara ini.

Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

COVID-19 diletak bawah Penyakit Khidmat kerana peralihan ke fasa endemik
Tindakan Perkeso yang memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 di bawah kategori Penyakit Khidmat bermula 1 April lepas, dibuat memandangkan Malaysia kini telah beralih ke fasa endemik.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.

Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia diumumkan selepas MoU - Awang
Kos baharu pengambilan pekerja domestik Indonesia hanya akan diumumkan kerajaan selepas kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada April ini.