awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus RUU penguntukan semula peruntukan perbelanjaan 2020

Bernama
Bernama
21/09/2020
14:30 MYT
Dewan Negara lulus RUU penguntukan semula peruntukan perbelanjaan 2020
Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Mohd Shahar itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Dewan Negara. -Foto BERNAMA
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 sebanyak RM7.18 bilion.
Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Dewan Negara.
Seramai sembilan senator mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang itu.
Terdahulu Mohd Shahar ketika menggulung rang undang-undang itu berkata, ia dibentangkan bagi memantapkan sistem penyampaian kerajaan selain memastikan pertindihan fungsi antara kementerian dapat diminimumkan.
Beliau berkata rang undang-undang itu bukan merupakan perkara aneh kerana pernah dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada 9 Mei 2018.
"Ketika itu berlaku penguntukan semula kerana mewujudkan kementerian-kementerian selain berlaku pemindahan agensi-agensi ke sana ke sini," katanya.
Mohd Shahar berkata pembentukan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak harus dipolemikkan kerana sudah pasti apa yang dilakukan oleh beliau berdasarkan pengalamannya yang luas dalam kerajaan dan politik.
Sebelum itu persidangan Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 bagi mendapat kelulusan perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 sebanyak RM7.006 bilion.
Rang Undang-undang itu yang turut dibentangkan Mohd Sahar diluluskan selepas bacaan kali ketiga dengan mendapat sokongan suara terbanyak para senator.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2019 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM1.07 bilion dan RM778.6 juta untuk menampung perbelanjaan luar jangka 2019.
Sebanyak RM5.16 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada 2019.
Seramai lapan senator mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu sebelum disusuli sesi penggulungan oleh kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#kabinet
#kerajaan
#menteri
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan