awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025

Bernama
Bernama
20/03/2025
11:30 MYT
Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025, antaranya bertujuan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.
Ketika menggulung perbahasan RUU itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 mengandungi 15 fasal berbanding hanya lapan fasal dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.
Azalina berkata fasal yang sangat penting dalam RUU ini ialah Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) di bawah Fasal 10 yang boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana difikirkan perlu atau sesuai untuk membantu MPP melaksanakan fungsinya.
"Maknanya, ini bukan hanya terikat pada satu jawatankuasa sahaja seperti disebutkan dalam Fasal 9 berkenaan Jawatankuasa Rayuan, Jawatankuasa Perkhidmatan Tatatertib (Fasal 8) dan kenaikan pangkat dalam Fasal 7," katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan.
Terdahulu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 selepas Akta Perkhidmatan Parlimen dimansuhkan pada 1992.
Persidangan Dewan Negara bersambung pada Isnin, 24 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#lulus
#Rang Undang-Undang
#RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan