MALAYSIA

Dewan Rakyat: 837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian

Kabeer Aziz 10/11/2025 | 04:30 MYT
Mohamad (foto) berkata seramai 837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian setakat 8 November tahun ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 837 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian sehingga 8 November lalu, menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Ringkasan AI
  • Sebanyak 837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian sehingga 8 November lalu, menurut kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Daripada jumlah tersebut, majoriti tertangkap terlibat dalam penipuan dalam talian termasuk 765 orang dari kaum Cina, diikuti oleh 34 orang Melayu, 33 orang India, dan lima orang daripada etnik lain.
  • Kerajaan menasihatkan agar rakyat Malaysia berhati-hati serta mengelakkan terlibat dalam aktiviti jenayah ketika berada di luar negara, demi menjaga imej negara yang boleh tercemar akibat tindakan tersebut.


Beliau berkata, angka tersebut hanya melibatkan satu kategori kesalahan, manakala ribuan rakyat Malaysia turut ditahan atas pelbagai kesalahan lain yang boleh mencemar imej negara.

"Dekat 8 November baru-baru ini, 837 orang rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan penipuan dalam talian sahaja. Itu satu segmen kes saja. Banyak lagi kesalahan, beribu-ibu rakyat Malaysia yang tahan di luar negara.

“Ini juga menjadi masalah kepada kita. Kita ingin membina dan menonjolkan imej negara, namun ramai rakyat kita ditahan di luar negara atas kesalahan yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 765 orang terdiri daripada kaum Cina, 34 orang kaum Melayu, 33 orang kaum India, manakala lima lagi daripada etnik lain.

Sehubungan itu, kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati ketika berada di luar negara dan mengelakkan penglibatan dalam aktiviti jenayah termasuk penipuan dalam talian.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapa jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian sehingga 8 November lalu?
    A: Seramai 837 rakyat Malaysia telah ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian sehingga 8 November lalu.
  • Q: Apakah kategori kesalahan utama yang melibatkan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara?
    A: Jumlah 837 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara hanyalah melibatkan kesalahan penipuan dalam talian sahaja.
  • Q: Berdasarkan statistik yang diberikan, apakah perbezaan jumlah rakyat Malaysia yang ditahan berdasarkan kaum?
    A: Dari jumlah tersebut, seramai 765 orang terdiri daripada kaum Cina, 34 orang kaum Melayu, 33 orang kaum India, dan lima lagi daripada etnik lain.
  • Q: Apa nasihat yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia berkenaan kes penipuan dalam talian di luar negara?
    A: Kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati ketika berada di luar negara dan mengelakkan penglibatan dalam aktiviti jenayah termasuk penipuan dalam talian.



#jenayah siber #Mohamad Hasan #rakyat Malaysia #Dewan Rakyat #rakyat Malaysia ditahan di luar negara