awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Akta 731 ditambah baik pantau aktiviti kiriman wang tidak sah - Yamani Hafez

Bernama
Bernama
09/03/2022
04:23 MYT
Dewan Rakyat: Akta 731 ditambah baik pantau aktiviti kiriman wang tidak sah - Yamani Hafez
Yamani Hafez berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkatkan aktiviti pengawasan terhadap pengendali pengiriman wang yang tidak sah serta menambah baik keupayaan pemantauan. - Gambar fail/JAPEN
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang dalam proses menambah baik Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Akta 731) bagi meningkatkan pemantauan serta mencegah aktiviti kiriman wang yang tidak sah, kata Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.
Beliau berkata langkah meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dirangka untuk memastikan tindakan yang lebih cekap dan punitif terhadap aktiviti kiriman wang oleh pengendali yang tidak sah atau berdaftar.
"Setakat akhir Disember 2021, sebanyak 42 pengendali pengiriman wang bukan bank telah dilesenkan di bawah Akta 731 yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang melalui 1,410 premis di seluruh negara dan dalam talian," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berhubung pemantauan kerajaan terhadap aktiviti kiriman wang yang tidak diisytihar atau tidak melalui pengirim wang sah.
Yamani Hafez berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah meningkatkan aktiviti pengawasan terhadap pengendali pengiriman wang yang tidak sah serta menambah baik keupayaan pemantauan menggunakan analisis data bagi mengenal pasti risiko dalam industri dan mengesan transaksi mencurigakan.
"Sebagai suatu langkah pengawalan, BNM juga menetapkan had transaksi bagi pengiriman wang keluar oleh seseorang individu tidak boleh melebihi RM50,000 setiap hari.
"Di samping itu, pengendali tersebut juga dikehendaki untuk mengemukakan statistik transaksi secara berkala kepada BNM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Akta 731
#Yamani Hafez Musa
#Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan