awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat bincang usul isu penemuan kubur, kem haram petang ini

Bernama
Bernama
27/05/2015
04:06 MYT
Dewan Rakyat bincang usul isu penemuan kubur, kem haram petang ini
Usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. -Gambar fail
Isu penemuan kawasan perkuburan besar di Perlis akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang hari ini apabila usul mengenainya diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.
Menurut Ismail, usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
"Oleh itu, saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18 3(b), yang perbahasannya bermula pukul 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.
"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.
Usul itu dikemukakan Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) yang antara lain bertujuan mendapatkan penjelasan Kementerian Dalam Negeri mengenai keselamatan negara.
"Sebanyak 139 buah kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia telah ditemui dalam kawasan Malaysia, ini melibatkan kepentingan orang ramai kerana sempadan negara kita tidak selamat," katanya.
Pada Isnin, polis menemukan kubur dan kem pemerdagangan manusia berkenaan di Wang Kelian, Perlis di sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#dibahaskan
#kem pemerdagangan
#kubur besar
#Parlimen
#usul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan