awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Enam negeri dikenal pasti terdedah ancaman gempa bumi - Huang

Bernama
Bernama
06/10/2025
08:01 MYT
Dewan Rakyat: Enam negeri dikenal pasti terdedah ancaman gempa bumi - Huang
Tiong Sii berkata kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam tersebut. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak dikenal pasti sebagai kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ringkasan AI
  • Enam negeri dikenal pasti terdedah kepada ancaman gempa bumi iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak berdasarkan kajian JMG dan Peta Seismotektonik Malaysia.
  • Peta Bahaya Seismik Malaysia sedang dikemas kini dengan maklumat terkini termasuk kejadian gempa bumi dan kewujudan sesar aktif.
  • Gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat adalah pelarasan semula tenaga tektonik, namun Johor masih berada dalam zon selamat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia yang diterbitkan oleh JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti tempatan dan agensi teknikal berkaitan kini sedang dilaksanakan.
"Pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dengan mengambil kira maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, kewujudan sesar aktif bahan geologi dan maklumat siasatan tanah.
"Kejadian gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar-sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi. Ini dipengaruhi oleh lanjutan zon Sesar Mersing iaitu sistem sesar utama di Johor Timur... berdasarkan data sedia ada dan terbaharu, Segamat khususnya dan Johor amnya masih berada dalam zon selamat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#Huang Tiong Sii
#gempa bumi
#MetMalaysia
#Dewan Rakyat
#Peta Seismotektonik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan