MALAYSIA
Dewan Rakyat: Guna aplikasi MCMC Nexus lapor isu liputan - Teo
Teo (foto) berkata orang ramai digalakkan lapor isu liputan internet melalui aplikasi MCMC Nexus yang boleh digunakan untuk ujian kelajuan dan tinjauan liputan secara percuma. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan membuat laporan isu kualiti liputan di kawasan masing-masing menerusi aplikasi mudah alih MCMC Nexus, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Ringkasan AI
Beliau berkata aplikasi disediakan secara percuma oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu, membolehkan pengguna menjalankan ujian kelajuan internet serta membuat tinjauan liputan di kawasan terlibat, selain membantu dalam audit lapangan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.
"Kita memang mengalu-alukan aduan daripada orang awam...apabila mereka (MCMC) terima aduan, mereka akan pergi ke lapangan untuk buat audit, sama ada insiden bersifat sekali sahaja, (atau) memang di sana ada blind spot," katanya sambil menambah aplikasi itu boleh diakses menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai isu kualiti perkhidmatan talian telefon bimbit dan akses internet di kawasan Parlimen Parit pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.
Teo berkata dari 1 Jan hingga 11 Okt lepas, sebanyak 5,866 ujian kualiti telah dijalankan di seluruh negara termasuk 431 lokasi di Perak dan 18 lokasi di Parlimen Parit.
"Hasil audit di Parlimen Parit merekodkan lapan ketidakpatuhan dengan satu lokasi telah diselesaikan melalui pengoptimuman pemancar, dua lokasi dikeluarkan Arahan Suruhanjaya untuk pembinaan menara baharu, manakala baki lima masih dalam penilaian MCMC untuk pengeluaran Arahan Suruhanjaya," katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan kajian awalan dianggarkan 157 lokasi dikenal pasti di Perak bagi pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan JENDELA Fasa 2.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Orang ramai digalakkan lapor isu liputan internet melalui aplikasi MCMC Nexus yang boleh digunakan untuk ujian kelajuan dan tinjauan liputan secara percuma.
- Dari Jan hingga Okt 2025, MCMC jalankan 5,866 audit kualiti termasuk 18 lokasi di Parlimen Parit, dengan lapan ketidakpatuhan dikenal pasti dan tindakan pembetulan sedang dilaksanakan.
- Sebanyak 157 lokasi di Perak dikenal pasti untuk pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 2 bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi.