MALAYSIA
Dewan Rakyat hari ini dijangka hangat dengan usul menggantung Takiyuddin enam bulan
Usul berkenaan antaranya menyebut semasa perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Okt, Takiyuddin telah berucap berhubung satu kejadian melibatkan APMM di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari terakhir sidang kali ini dijangka hangat dengan usul menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, usul oleh Menteri Dalam Negeri itu dijangka dibawa usai sesi soal jawab lisan.
Usul berkenaan antaranya menyebut semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Okt, Takiyuddin telah berucap berhubung satu kejadian melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Usul itu menyebut Ahli Parlimen berkenaan juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat dengan ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.
Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bertanyakan Menteri Belia dan Sukan mengenai bentuk sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada individu melepasi kategori umur belia selepas penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta A1602) mulai 1 Jan 2026.
Pada sesi sama, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) bertanyakan Menteri Sumber Manusia mengenai kemajuan dan kejayaan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang telah mula dilaksanakan pada Januari 2025, dengan peruntukan sejumlah RM200 juta bagi tahun ini.
Turut menarik perhatian, soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah pendeposit Tabung Haji yang menolak tawaran haji sejak 2015 hingga 2025, dan langkah memastikan kuota dimanfaatkan sepenuhnya pada sesi soal jawab lisan.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari bermula 6 Okt lepas.
-- BERNAMA