MALAYSIA
Dewan Rakyat kecoh gara-gara perkataan 'rasis', 'pondan'
Pertelingkahan berlaku di antara Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. - Gambar fail
Sesi Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Ketereh dari Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah menyatakan bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah dari DAP Lim Kit Siang merupakan seorang yang bersikap 'rasis'.