KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius terhadap projek sakit di seluruh negara dan kini sedang memantau perkara tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak lapan projek telah berjaya dipulihkan hasil daripada intervensi Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).
"Dalam melaksanakan pemantauan terhadap projek sakit, ICU telah melaksanakan intervensi di tapak projek sakit.
"Hasil lawatan intervensi tersebut di Sabah, didapati terdapat beberapa masalah utama berkaitan dengan pengalihan infrastruktur utiliti serta keupayaan agensi pelaksanaan dan perunding," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Projek sakit merujuk kepada apabila kemajuan kerja fizikal mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20 peratus berbanding jadual yang ditetapkan dalam kontrak dan kontraktor adalah tidak berupaya untuk memperbaiki prestasinya.
Bagi menangani projek bermasalah, Mustapa berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara yang dipengerusikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Ketua Setiausaha Negara supaya tindakan segera dapat diambil.
"Semua usaha ini untuk memastikan semua projek sakit, termasuk di Sabah akan dapat disiapkan dengan segera untuk manfaat rakyat, di samping membendung pertambahan projek sakit selepas ini," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan sedang merangka strategi dan inisiatif Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia yang akan menjadi pelengkap kepada program sedia ada untuk membasmi kemiskinan.
Beliau berkata Program Pembasmian Miskin Tegar ini dicadang untuk dilaksanakan secara berfasa selama tiga tahun melibatkan sekurang-kurangnya 480 lokaliti di bandar dan luar bandar, termasuk perkampungan Orang Asli bermula tahun ini.
Katanya sebanyak tiga fasa melibatkan 80 lokaliti bagi setiap fasa akan dilaksanakan secara rintis pada tahun ini.
"Fasa pertama akan dilancarkan pada April, diikuti fasa kedua pada September dan fasa ketiga pada Disember, tahun ini. EPU dan ICU akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen yang berkenaan sebelum pelaksanaan program ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Mustapa bercakap pada sesi menjawab perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.